Saturday, 4 October 2014

Siapa Yang Miskin Sebenarnya...???

Pernah beberapa ketika...sewaktu menjamu selera di kedai makan bersama keluarga atau teman-teman,datanglah beberapa insan yang menghampiri dengan beribu hajat.

Saya labelkan golongan miskin kepada 2 golongan iaitu 'yang meminta sedqah' atau yang 'bekerja'. Realiti hari ini, saya memainkan satu isu berkaitan "Siapa Yang Miskin Sebenarnya?". Jom kita teliti dialog ini....

Senario 1:
A: "Assalammualaikum, abang..minta sumbangan boleh? Untuk sumbangan anak-anak yatim."
B: "Waalaikummussalam, Eh,betul ke ni? Macam mana saya nak pastikan yang kamu tak menipu?"
A: "Betul bang, ini surat daripada pengetua rumah anak-anak yatim"
B: "Ok, nah..
(Selalunya...ini yang saya perhatikan bila ada wakil rumah anak-anak yatim minta duit. Tapi saya setuju juga sebab lebih selamat. Kadang-kadang tu, ada yang bawa surat memang tak boleh dipercayai. Jadi, kena berhati-hatilah.)

Senario 2:
A: "Assalam...bang,minta sedikit sumbangan,saya dah beberapa hari tak makan."
B: "Eh, kau ni aku tengok badan sihat...cukup sifat..kenapa kau tak minta kerja? Dah pergi cari kerja kalau nak makan sangat, orang lain bersusah payah kerja kau datang minta duit je."
(Si A berlalu sedih)

Senario 3:
A: "Assalammualaikum, bang saya ada jual kerepek dan kacang,sebungkus RM 2 je bang."
B: "Waalaikummussalam, erm.takpelah ya. Saya taknak."
(Si A berlalu sedih)

Mungkin dialog yang saya alami tidak sama dengan yang tuan-tuan pernah alamai. Tetapi perbezaan yang ketara boleh dilihat melalui senario-senario diatas. 

Bila datang insan yang meminta sedeqah dan kelihatan badannya masih kuat,pasti terdetik dalam hati, "dia nie kuat lagi badan,pergilah kerja". Dan lazimnya, satu sen pun tidak diberi. 

Begitu juga bila datang insan yang menjual makanan/barang murah. Segelintirnya masih juga tidak langsung membantu golongan ini. Kita selalu biarkan tanpa membeli apa-apa. Walhal,hasil keuntungan jualan mereka hanya berapa sen sahaja seunit,mungkin 20 sen hingga 50 sen.

Hakikatnya,kita yang miskin sebab orang miskin yang meminta kita tak bagi,dan orang miskin yang menjual kita tak membeli. :)

Harapnya,kita sedar bahawa kita lah sebenarnya yang miskin jika langsung tidak memberi kepada orang yang memerlukan. Moga-moga,selepas ini,bila datang orang meminta sedeqah kita sudi untuk memberi. Tambahan, bila datang orang yang menjual,kita sudi untuk membeli.


Memberi @ Membeli





1 comment: